Mengenai MABIMS

Pengenalan

MABIMS ialah suatu bentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga muslihat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik negara anggota.

Tarikh Penubuhan

Ditubuhkan pada hari Isnin, 5 Muharram 1410H bersamaan 7 Ogos 1989M. Pertemuan pertama telah diadakan di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Pada ketika itu, pertemuan dianggotai oleh 3 Menteri Agama sahaja dari Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Malaysia.

Visi

Mengukuhkan kesatuan dan menjadikan umat Islam di negara anggota MABIMS umat yang progesif, cintakan kedamaian, membawa rahmat kepada seluruh alam serta menjadi rujukan bagi pembangunan umat Islam di dunia.

Misi
  • Meningkatkan tahap kerjasama dalam membangun umat Islam di negara anggota MABIMS (dalaman) dari aspek-aspek daya tahan keagamaan dan mutu kehidupan beragama serta kesejahteraan sosio-ekonomi
  • Meningkatkan peranan MABIMS dalam program pembangunan dan kemanusiaan di luar rantau MABIMS (luaran) demi memperkukuh imej Islam yang positif di mata dunia.

Negara Anggota
  • Negara Brunei Darussalam.
  • Republik Indonesia.
  • Malaysia.
  • Republik Singapura.

Kekerapan Pertemuan

Pertemuan MABIMS diadakan dua tahun sekali (lazimnya sekurang-kurangnya selama satu hari). Mesyuarat SOM diadakan sekali dalam setahun (lazimnya sekurang-kurangnya selama dua hari). Walaubagaimanapun pertemuan atau mesyuarat boleh juga diadakan mengikut keperluan.


Mesyuarat Jawantankuasa bolehlah diadakan secara bergilir-gilir di kalangan negara-negara anggota MABIMS jika ada keperluan atau bagi melaksanakan keputusan mesyuarat yang mengkehendakinya.


Bidang Kerjasama

Bidang kerjasama MABIMS dibahagikan kepada dua bidang:

  1. Bidang Strategik.
  2. Bidang Khas.

Bidang Strategik bermaksud bidang-bidang kerjasama yang menghala kepada visi dan misi MABIMS menerusi strategik-strategik yang dirancang dan dipersetujui dan dilaksanakan bersama. Bidang-bidang strategik adalah seperti berikut:

  1. Pembangunan Kehidupan Beragama Yang Progesif Melalui Penguatan Syiar Islam dan Dakwah.
  2. Pembangunan Potensi Belia Sebagai Generasi Penerus.
  3. Pembasmian Kemiskinan Melalui Pengupayaan Golongan Fakir Miskin.
  4. Peningkatan Sumberdaya Manusia Melalui Sistem Pendidikan Islam Bersepadu dan Relevan.
  5. Peningkatan Harmonisasi Sosial Masyarakat Melalui Pemahaman Silang Agama dan Budaya.
  6. Pembangunan Umat Islam di Luar MABIMS Melalui Program Sosial dan Kemanusiaan.
  7. Penonjolan Kefahaman dan Amalan Islam di Rantau MABIMS dan Peranan MABIMS ke Dunia Luar.

Bidang Khas pula bermaksud bidang kerjasama yang dilaksanakan secara khusus bagi sesuatu bidangiaitu:

  1. Penubuhan Pejabat Maya bagi Sekretariat MABIMS.
  2. Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam.
  3. Pengurusan Haji.

 

01

BeritaMabims

Berita MABIMS bagi 4 buah negara
02

KertasKerja

Kertas kerja MABIMS bagi 4 buah negara
03

NegaraMABIMS

Negara Mengangotai MABIMS: Brunei, Indonesia, Singapura,